Wednesday, 13 May 2015

Koleksi Sulaman Benang

Ragam Sulaman Benang (RM16.90) 

Menyulam sememangnya memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi memandangkan begitu banyak teknik dalam menyulam. Namun, jika ianya dihasilkan dengan rasa senang, menyulam akan terasa mudah dan menyeronokkan.


Buku Ragam Sulam Benang mengupas tentang teknik dan cara-cara sulaman benang dengan terperinci untuk tatapan pembaca. Setiap teknik sulaman di dalam buku ini dijelaskan dengan lengkap dan mudah untuk memudahkan pembaca memahaminya dan mengikut setiap langkah yang diberikan. Buku ini juga menyediakan gambar-gambar yang berkaitan dengan langkah-langkah yang diberikan untuk memudahkan pembaca mengikutinya. Sulaman benang ini boleh dilakukan pada sapu tangan anda, alas meja,cadar, langsir dan sebagainya untuk menambahkan seri rumah anda.

Anda sudah pasti akan merasa gembira dan bangga apabila anda berjaya menghasilkan sulaman dengan kerja tangan anda sendiri. Buku ini sesuai dijadikan panduan untuk memenuhi kehendak dan menambahkan kemahiran anda.





Sulaman Benang Motif Bunga (14.90) 


Bunga merupakan sejenis tumbuhan yang sering dijadikan perhiasan, terutamanya bagi golongan wanita. Bunga sangat diminati dan sesiapa sahaja yang memandangnya pasti akan menganggapnya cantik.

Terdapat berbagai-bagai jenis bunga di negara kita. Ada yang kecil, besar dan berbau harum. Kini, bentuk dan rupa bunga boleh diaplikasikan pada karya sulaman anda. Tidak hanya pada pakaian tetapi juga pada beg tangan, kasut, bahkan hiasan-hiasan di rumah juga boleh diubah dengan rakaan bunga pilihan anda dan dengan buatan tangan anda sendiri. Buku Sulaman Benang Bermotif Bunga akan mengupas tentang teknik sulaman bermotifkan bunga-bungaan. Pelbagai teknik sulaman dimuatkan di dalam buku ini contohnya seperti sulaman simpul. Anda pasti akan menjadi penyulam yang mahir dan kreatif apabila anda meminati sulaman dan berusaha mempelajarinya.

Buku ini sangat sesuai untuk anda yang baharu ingin mencuba dan mempelajari teknik sulaman, buku ini juga sangat sesuai untuk mereka yang telah mahir untuk melahirkan inspirasi dan idea-idea baharu




Sulaman Benang Kreatif (RM16.90) 

Di Malaysia kini terdapat pelbagai seni kraf tangan yang unik dan menarik. Setiap kraf tangan yang dihasilkan sangat halus dan mempesonakan. Hal ini melambangkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang unik dengan rakyatnya yang kreatif dalam menghasilkan kraf tangan bermutu.


Pelbagai teknik sulaman, jahitan dan mengait telah wujud lama dahulu di negara kita. Hasil seni ini sering dijadikan hiasan dan dijual sebagai cenderamata terutamanya kepada pelancong yang datang ke negara kita. Buku Sulaman Benang Kreatif memperkenalkan teknik sulaman baharu bernama Kalocsa atau sulaman kreatif. Motif sulaman ini mempunyai motif dan keunikan tersendiri, iaitu bentuk bunyanya yang indah dan beraneka warna. Buku ini juga menyediakan teknik membuatnya secara lengkap dan dihiasi dengan gambar-gambar berkaitan langkah demi langkah teknik yang ditunjukkan.



Indahnya Benang Sulaman (RM17.90) 

Benang sulaman sangat mudah digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif. Bukan sahaja harganya yang murah, tetapi warna benangnya yang pelbagai menjadikan kain yang kosong mudah diaplikasikan menggunakan benang sulaman dengan pelbagai produk hiasan rumah atau aksesori diri yang menarik.


Dalam buku ini, anda akan dapat mempelajari cara-caranya. Dipaparkan juga pelbagai kreativiti dari kain kosong yang dipadankan dengan kain batik, bingkai dan sulaman. Antara kreativitinya ialah pengikat rambut, kotak tisu, alas meja termasuk cadar dan sarung telefon bimbit.

Bagi yang baru ingin memulakannya, pemilihan buku ini sangat tepat kerana dijelaskan dengan bantuan gambar dan langkah-langkah yang tepat. Jadi, anda akan tampil berbeza supaya produk rumah anda lebih segar dengan kreativiti anda sendiri.





Seni Sulaman Benang : Rekaan Menawan Penambah Seri (RM29.90) 

Kadangkala ada antara kita yang masih tidak mengetahui bentuk yang ingin disulam dan warna yang akan digunakan walaupun telah bersedia untuk menyulam. Terdapat juga mereka yang menyulam hanya berdasarkan idea yang muncul pada ketika itu dan terus menyulam tanpa sebarang penetapan tertentu. Namun, ada juga yang menyulam berdasarkan corak atau bentuk yang telah dirancangkan terlebih dahulu.

Pencinta seni sulaman, anda tidak perlu ragu lagi untuk berkarya. Buku ini akan memberikan anda panduan tentang cara menghasilkan berbagai-bagai corak rekaan sulaman dalam pelbagai variasi, memilih warna, pemilihan gaya tusukan serta tip-tip praktikal untuk anda menghasilkan sulaman yang indah lagi menawan.

Buku ini mengandungi lebih daripada 60 rekaan corak sulaman yang dapat anda aplikasikan pada pakaian, beg, kain tudung, sarung bantal, cadar dan pelbagai barangan hiasan yang lain.





No comments:

Post a Comment