Variasi Jahitan Langsir 400g (RM35.00)
Sebuah buku rujukan yang memuatkan kaedah menjahit langsir dengan mudah. Anda akan diajar cara ringkas untuk mengira fabrik, melukis pola dan langkah demi langkah membuat langsir. Turut dimuatkan adalah cara menjahit pelbagai jenis langsir yang menarik untuk dicuba. JAHITAN LANGSIR sesuai dijadikan teks pembelajaran bagi penuntut dan pereka yang berminat dalam seni menjahit langsir. Malah, ia juga sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai asas dalam jahitan langsir. Asalkan anda minat dan rajin, insha ALLAH anda pasti dapat menghasilkan langsir sendiri. Skil yang diperoleh juga boleh dijadikan sumber pendapatan diri dan keluarga.
Variasi Menjahit Tirai 600g (RM22.00)
Variasi Menjahit Tirai memaparkan asas untuk menghasilkan langsir yang ringkas dan mudah. Bagi yang baru berjinak untuk menghasilkan langsir sendiri, boleh dapatkan buku ini untuk panduan dan rujukan anda. Jika sudah mahir dengan asas menjahit langsir anda akan lebih mahir dan bijak untuk menggabungkan rekaan langsir sendiri.
Cara Mudah Menjahit Langsir (RM29.00)
Buku ini menyediakan pelbagai rekaan langsir yang menarik dan mudah dibuat. Buku ini lanjutan daripada Cara Mudah Menjahit Langsir yang pertama. Setiap rekaan langsir disediakan panduan mengambil ukuran kain, cara menggunting dan cara menjahitnya. Panduan langkah demi langkah yang diberi dapat membantu anda menyediakan langsir yang cantik.
Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan kepada mereka yang berminat untuk menjahit langsir sendiri. Jika anda sudah berkemahiran ia boleh dijadikan sumber pendapatan.
No comments:
Post a Comment