Panduan Lengkap Sulaman (RM15.90)
Sulaman merupakan aktiviti yang sangat mudah dan menyeronokkan untuk mengisi masa lapang. Berbagai-bagai jenis sulaman dapat dihasilkan. Sekiranya anda mempunyai minat yang mendalam untuk belajar, hasil kreatif akan terhasil dengan mudahnya mengikut kemahuan dan kreativiti anda.
Aplikasi Sulaman (RM15.90)
Perkembangan fesyen pada hari ini memang sudah semakin moden dan maju. Pelbagai rekabentuk dan corak pada pakaian telah dibentuk. Gaya dan penampilan yang berbeza-beza dari suatu produk dengan produk yang lain. Namun, untuk mendapatkannya kadangkala memerlukan kos yang tinggi dan anda tanpa anda sedari anda mempunyai alternatif tersendiri untuk menghasilkan corak danrekabentuk hiasan yang anda gemari.
Sulaman adalah salah satu aktiviti yang boleh digunakan untuk membentuk apa sahaja kriteria perhiasan yang anda suka. Anda tidak lagi perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk mendapatkan perhiasan yang anda suka sedangkan anda boleh menghasilkannya dengan usaha anda sendiri. Buku Aplikasi Sulaman ini merupakan bentuk inovasi trend mode dengan teknik sulaman yang menampilkan pelbagai ciri-ciri terbaru dan bergaya yang boleh dipadankan pada baju, beg, kasut, sandal, jilbab, sarung bantal atau barang-barang lain. Bahkan produk yang sudah ada juga boleh diubah suai sehingga kelihatan lebih menarik dan cantik.
Anda pasti akan berasa puas dan gembira apabila hasil kerja tangan anda mendapat pujian dan mencantikkan lagi penampilan anda dan rumah anda bukan? Jadikan buku ini sebagai panduan untuk anda memulakan sulaman pertama anda.
Sulaman adalah salah satu aktiviti yang boleh digunakan untuk membentuk apa sahaja kriteria perhiasan yang anda suka. Anda tidak lagi perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk mendapatkan perhiasan yang anda suka sedangkan anda boleh menghasilkannya dengan usaha anda sendiri. Buku Aplikasi Sulaman ini merupakan bentuk inovasi trend mode dengan teknik sulaman yang menampilkan pelbagai ciri-ciri terbaru dan bergaya yang boleh dipadankan pada baju, beg, kasut, sandal, jilbab, sarung bantal atau barang-barang lain. Bahkan produk yang sudah ada juga boleh diubah suai sehingga kelihatan lebih menarik dan cantik.
Anda pasti akan berasa puas dan gembira apabila hasil kerja tangan anda mendapat pujian dan mencantikkan lagi penampilan anda dan rumah anda bukan? Jadikan buku ini sebagai panduan untuk anda memulakan sulaman pertama anda.
Rekaan Sulaman Kombinasi (29.90)
Kini telah popular penggunaan sulaman untuk mempercantikkan sesebuah produk. Peminat produk hasil kraftangan sulaman ini semakin bertambah ramai sama ada dari golongan muda dan golongan yang tua. Keterampilan kombinasi dapat dijadikan hobi untuk mengisi masa lapang.
Buku ini menampilkan kombinasi teknik sulaman yang cantik iaitu sulaman benang,pita,sekuin dan manik Sulaman dapat diaplikasikan pada corak pakaian,tas tangan, tudung,telekung,alas meja,selendang,kotak tisu,hiasan dinding dan pelbagai produk lagi. Buku ini dilengkapi pola sebagai panduan anda berkreativiti. Tidak ada batasan untuk menggunakan jenis sulaman tertentu untuk membuat sulaman. Buku ini ditulis untuk memperlihatkan kecantikan dan keindahan daripada gabungan sulaman-sulaman tersebut.
Kemahiran merupakan suatu anugerah, justeru,tunggu apa lagi! Marilah kita menjadi usahawan yang berjaya dalam dunia sulaman.
Sulaman Bullion (RM14.90)
Salah satu seni sulaman tangan yang amat diminati adalah sulaman bullion. Sebarang hadiah yang diberikan sentuhan bullion pasti akan memperlihatkan seni yang lebut, indah dan mencuri perhatian. Sulaman unik ini juga sesuai untuk memperindah penampilan pelbagai barangan seperti beg, baju, bekas tisu, sarung bantal dan hiasan berbingkai.
Melalui buku ini, dihuraikan pelbagai teknik sulaman, lengkap dengan gambar-gambar yang dapat membawa kefahaman yang lebih mendalam. Buku Sulaman Billion diterbitkan bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, malah untuk mengembangkan keindahan seni ini seterusnya menjadi warisan kepada semua generasi akan datang.
Variasi Sulaman Klasik 800g (RM30.00)
Pelbagai buku berkaitan sulaman dihasilkan di peringkat antarabangsa. Namun, ia boleh dikira dalam terbitan Bahasa Melayu. Oleh itu Alaf 21 mengambil langkah menerbitkan Buku Variasi Sulaman Klasik karya Mariam Abu Bakar untuk kemudahan masyarakat tempatan. Buku ini dimuatkan dengan lebih 240 jenis jahit sulaman tangan dan lebih daripada 80 jenis jahit sulaman mesin. Ia juga menampilkan 20 projek contoh. Bagi membantu mereka yang baru mempelajari kraf ini, penulis telah berusaha menyusun tahap kemahiran dari yang termudah hingga yang paling kompleks.
Buku ini dihasilkan dengan harapan seni sulaman klasik ini tidak akan lupus. Keaslian dan seni halus hasil kerja ini tidak boleh diperolehi oleh mesin jahit berkomputer. Selain daripada memberi ilmu, kemahiran ini diharap terus berkembang dan diwarisi dari generasi ke generasi. Ini kerana sulaman telah menjadi refleksi dari pemikiran, ide-idea dan kebudayaan sesuatu bangsa.
Jahitan Sulaman Mesin(RM36.00)
Buku ini menyediakan panduan teknik menyulam dengan menggunakan mesin menyulam elektrik. Panduan diberikan untuk memahirkan anda menyulam paten yang dikehendaki. Keunikan sulaman ini adalah kawalan pemidang sulaman menggunakan kemahiran tangan dan kawalan lutut.
Diharapkan buku ini, dapat memberi manfaat yang besar kepada anda untuk memahirkan diri dalam bidang sulaman.
Sulaman Manik Kristal & Benang (RM39.90)
Beads Crystals Thread Embroidery -Buku ini memaparkan bagaimana kombinasi teknik sulaman dapat memperindahkan lagi rekaan anda. Antara teknik-teknik yang ditunjukkan termasuk teknik sulaman benang halus yang telah ditinggalkan di negara ini, teknik peyote menggunakan dua jarum dan penggunaan kristal sebagai penyeri kepada kilauan sulaman manik.
Sulaman Benang & Manik Labuci (RM60.00)
Buku ini mengandungi 300 jenis jahitan sulaman benang, manik serta labuci. Memuatkan panduan dari peringkat asas jahitan sulaman hingga ke kompleks. Memaparkan kreativiti idea yang unik, menarik, klasik, moden serta kontemparari.
Cara sulaman daripada lakaran bunga-bungaan, dedaunan dan corak grafik tradisi hingga ke peringkat mencantumkan rekaan sulaman, khusus untuk menghasilkan keunikan.
Teknik Sulaman Nyonya (RM44.00)
Buku ini diterbitkan dalam dwi bahasa, Bahasa Malaysia & English. Buku yang pertama kalinya mengabungkan 3 tenaga pengajar utama di Malaysia telah membuahkan hasil gaya rekaan serta teknik tersendiri. Segala jenis teknik adalah dari hasil ilham turun temurun di mana ianya harus diwarisi oleh masyarakat Malaysia amnya.
Sulaman asas Kerawang, Sulaman Nyonya, Sulaman Nyonya Kerawang Halus telah menunjukkan bahawa kreativiti ini dapat disatukan sebagai ilham dalam semua seni sulaman tangan khususnya. Sulaman Nyonya dan sulaman Kerawang Halus adalah sama fungsinya, iaitu menghasilkan suatu jahitan halus dan unik di atas fabrik nipis, jarang dan ringan apabila siap disulam.
Kerawang adalah perkataan yang berasal daripada Indonesia yang membawa maksud seni jahitan yang seakan-akan menyerupai kain renda tetapi lebih halus dan rumit pembuatannya, dengan lubang-lubang yang terhasil selepas atau ketika proses sulaman. Sulaman kerawang yang terhasil oleh idea-idea yang kreatif dan menonjol boleh menaikkan lagi harga sesuatu fabrik.
Jenis fabrik yang digunakan pula dari jenis Kasa Rubia, Sifon, Organza Sifon, Organza Satin dan Bawal bermutu tinggi. Teknik sulaman ini terbentuk dari percubaan dan mutu penghasilan jahitannya di perbaiki dari semasa ke semasa. Sehingga kini, sulaman Nyonya yang berkerawang dihasilkan dalam pakaian mewah dan formal.
Teknik Melakar Corak Sulaman (RM44.00)
40 contoh lakaran dari koleksi Busana peserta Pertandingan Sulaman Manik Kristal 2009, yang boleh jadikan sebagai idea sulaman anda untuk Hari Raya nanti. Bagi anda yang buntu dengan corak rekaan dan masih keliru dengan cara mencorakkan lakaran sulaman atas Baju Kurung Tradisi, pastikan anda mempunyai senaskah buku ini.
No comments:
Post a Comment