Variasi Busana Tradisional 300g (RM 30.00)
BUKU ini menghimpunkan pelbagai fesyen pakaian tradisional Melayu yang sentiasa dipelihara sehingga kini. Biarpun banyak fesyen baru yang sentiasa muncul, namun ia tidak dapat menandingi khazanah warisan ini yang sudah diperakui keasliannya. Variasi Busana Tradisional, hasil ilham kreatif pereka fesyen terbilang, Salikin Sidek bertujuan memartabatkan satu cabang peninggalan sejarah orang-orang Melayu yang kaya dengan kelembutan, kesopanan, dan ketinggian budaya.
Variasi Busana Pengantin Melayu Tradisional 350g
(RM 49.90)
Garapan istimewa daripada Salikin Sidek, pereka fesyen tersohor yang tidak jemu memperjuangkan warisan bangsa ini mengandungi himpunan busana tradisonal pengantin Melayu yang menjadi persa-linan raja sehari. Biarpun diulit kemodenan, yang asli dan tradisi tetap di kelek dan dipelihara agar warisan dapat dinikmati oleh generasi kita di masa akan datang dan ia tetap menjadi kebanggaan dan tidak hilang di-telan zaman. Naskhah yang memaparkan persalinan indah daripada pelbagai negeri berserta dengan pola mudah, cara jahitan dan panduan perhiasan yang betul.
Panduan Membuat Pakaian (RM 55.00)
Buku yang padat dengan ilmu serta panduan terperinci asas menjahit pakaian. Sebagai teks pembelajaran serba lengkap yang padat dengan keterangan dan gambarajah.
Menjadi rujukan politeknik, institut kemahiran dan kolej fesyen.
Teknik Menjahit Pola Busana Tahap Asas (RM32.90)
Dunia busana semakin berkembang dengan cepat. Setiap masa telah diciptakan pelbagai gaya baru yang cukup indah dan diminati ramai. Pertumbuhan pesat ini menyebabkan kekurangan daya dalam menghasilkan busana. Meningkatnya permintaan masyarakat terhadap busana dengan rekaan menarik, membuatkan ramai pihak ingin terjun dalam bidang ini.
Buku ini disusun untuk memberi tambahan pengetahuan dan keterampilan menjahit busana sesuai dengan perkembangan keperluan dalam masyarakat. Di dalamnya diberikan petunjuk untuk membuat pola busana dengan cara yang praktis dan sederhana, di mana bahan-bahannya meliputi cara ukuran, pembuatan pola asas, pemecahan model, perancangan bahan/pelengkap pakaian, hingga kepada pengenalan teknik pembuatan sketsa atau lukisan busana.
Teknik Menjahit Pola Busana Tahap Mahir (RM37.90)
Buku ini merupakan lanjutan daripada buku Teknik Membuat Pola Busana Tahap Asas. Dalam buku ini dimuatkan pola-pola yang lebih rumit. Material dalam buku ini meliputi pelbagai model busana yang dapat dipelajari olehmereka yang telah menguasai pembuatan pola asas. Di dalamnya dimuatkan pelbagai jenis busana seperti gaun, seluar, blaus, busanaberkelim dan sebagainya.
Buku yang istimewa ini boleh digunakan oleh mereka yang ingin meningkatkan kecekapan atau keterampilan membuat pola dan menjahit. Bagi mereka yang baru hendak bermula juga boleh memanfaatkan maklumat-maklumat yang ada dalam buku ini. Dengan bantuan pola asas yang disertakan dalam buku bagi setiap tahap, para pemula juga boleh memanfaatkan kandungan buku ini secara maksimum.
Panduan Menjahit Untuk Pemula (RM16,90)
Menjahit merupakan aktiviti yang sering dikaitkan dengan wanita. Namun begitu, menjahit juga dilakukan oleh golongan lelaki juga. Menjahit tidaklah sesukar seperti yang anda bayangkan jika anda berminat dan bersungguh-sungguh untuk belajar dan mencubanya. Pelbagai jenis pakaian anda boleh hasilkan jika anda sudah menguasai teknik asas menjahit.
Buku Panduan Menjahit untuk Pemula mengupas dengan lebih lanjut tentang asas-asas jahitan. Di samping itu, buku ini juga menjelaskan tentang kepelbagaian teknik dalam jahitan. Antara teknik asas yang dimuatkan di dalam buku ini ialah asas mengukur badan seseorang, membuat pola dan seterusnya menghasilkan pakaian. Selain itu, terdapat banyak jenis kolar, skirt dan lengan sebagai rujukan. Seni jahitan juga mempunyai pelbagai corak dan bentuk. Pakain juga mempunyai berbagai-bagai jenis dan anda mungkin akan berjaya menjahit pakaian anda sendiri.
No comments:
Post a Comment