Wednesday, 13 May 2015

Koleksi Jahitan Kreatif

Kreativiti Jahitan Beralun (RM 17.90) 

Pelbagai jenis kraftangan yang dikenali dengan istilah handmade kini semakin diminati dan terus berkembang. Malah perkembangannya menjadi semakin menarik, indah dan mempunyai nilai yang tinggi. Begitu juga dengan bidang jahitan khususnya teknik jahitan beralun.

Jahitan beralun adalah salah satu teknik jahitan yang menghasilkan produk seni halus yang unik dan indah. Kini teknik ini mula timbul kembali seiring dengan semakin maraknya pelbagai jenis barangan hasil kraftangan yang mempunyai nilai seni yang tinggi dan halus. Penggunaan produk hasil jahitan beralun kini bukan hanya untuk model pakaian atau sarung kusyen sahaja, tetapi juga untuk beg tangan, topi, kasut, sandal termasuk juga kelengkapan pelbagai jenis keperluan lain.

Dalam buku ini, dipersembahkan pelbagai jenis model jahitan beralun lengkap dengan kaedahnya satu persatu supaya mudah diikuti, khususnya bagi yang baru hendak memulakan teknik yang unik dan tidak membosankan ini.




Variasi Jahitan Sarung Kusyen Beralun 150g (RM 21.00)

PELBAGAI rekaan jahitan beralun dapat dipelajari dengan mudah dalam naskah Variasi Jahitan Sarung Kusyen Beralun ini. Keupayaan menguasai seni jahitan ini mampu memberi penampilan menarik kepada hiasan dalaman rumah anda. Cukup mudah menghasilkannya. Tidak memerlukan kemahiran menjahit yang tinggi tetapi kerajinan dan ketekunan yang tiada bandingannya. Setiap rekaan jahitan juga dipaparkan dengan gambar yang terang dan juga pola yang jelas. Pasti anda menyesal jika tidak memiliki naskah ini. Selamat Mencuba.



Variasi Seni Jahitan Mengait (RM 22.00)

Variasi Seni Jahitan mengait memaparkan seni mengait khusus untuk hiasan rumah dan aksesori. Bagi yang gemar menghasilkan barangan hiasan rumah dari mengait boleh dapatkan buku ini. Terdapat beberapa paten yang menarik dipaparkan dalam naskhah ini. Juga ditampilkan dalam langkah demi langkah dan penerangan yang jelas. Jadikan buku sebagai rujukan anda.



Bunga - bunga Manik (RM44.00) 



Variasi Seni Jahitan 550g (RM 21.00)


Berkonsepkan 3 dalam 1; fesyen, imej dan sulaman. Dilengkapi panduan membentuk imej diri agar penampilan lebih menarik.

Pelajari cara-cara melukis pola, memotong fabrik & menjahit 33 rekaan fesyen; kasual, pejabat, kontemporari, tradisional, majlis dan pengantin. Memuatkan teknik asas sulaman tangan, sulaman manik labuci, kemasan kelim & ros satin.




Teknik Menyirat Kreatif (RM15.90)


Mengait atau menyirat (crochet) adalah seni kait-mengait menggunakan benang yang sudah dikenali sejak dahulu. Aneka motifnya yang tidak ditelan dek masa membuatkannya tetap digemari sepanjang masa. Motif yang sederhana pun akan tetap kelihatan cantik apatah lagi jika anda berani bermain dengan warna untuk mencipta paduan warna yang harmoni.

Buku ini memaparkan teknik asas menyirat menggunakan sebatang pengait (hook). Dikhususkan kepada mereka yang baru belajar dalam seni ini, buku ini menyediakan bahan, cara memegang benang hinggalah beberapa jenis rajutan yang dipersembahkan dalam bentuk foto.

Ianya amat mudah dan anda akan berpuas hati jika ianya merupakan hasil kerja tangan anda sendiri. Anda boleh membuat sarung bantal, tirai untuk dekorasi rumah, membuat cenderahati, aksesori dan sebagainya.



Pengait Kreatif (RM17.90)



Mengait atau tusuk silang bukanlah sesuatu yang asing. Ia merupakan salah satu cara untuk mengisi masa lapang bagi mereka yang meminatinya. Selain mendatangkan kepuasan, hasil kait juga dapat mendatangkan pendapatan kepada mereka yang mengusahakannya.

Buku ini boleh menjadi sumber inspirasi anda dalam seni mengait. Ianya lengkap bermula dari langkah terakhir bagi pelbagai pola. Produk seperti beg, beg telefon bimbit, kad ucapan dan alas piring juga menjadi lebih cantik dengan adanya hasil kait pada produk tersebut. Melalui tip-tip yang berguna, anda dapat memulakan hasil seni anda dengan baik dan teratur.



Labuci & Manik Untuk Dekorasi (RM18.90)

Labuci dan manik merupakan objek yang boleh digunakan untuk menghias pakaian, beg, lanagsir, sofa dan banyak lagi kegunaannya. Labuci dan manik sering disulam untuk dijadikan perhiasan pakaian wanita. Pakaian wanita akan tampak lebih indah dan menarik dengan sulaman labuci yang kemas.

Menyulam merupakan aktiviti kreatif yang menyeronokka. Selain mengisi masa lapang, menyulam juga dikatakan dapat meningkatkan daya tumpuan. Buku Labuci & Manik untuk Dekorasi mengupas tentang penggunaan labuci dan manik berserta sulaman. Selain benang dan reben, menyulam juga boleh dilakukan dengan menggunakan manik dan labuci. Manik dan labuci ini boleh disulam mennjadi pelbagai bentuk yang menarik. Labuci dan manik bukan hanya digunakan untuk menghias pakaian sahaja tetapi digunakan untuk pelbagai hiasan lain. Antara contoh sulaman labuci dan manik yang terdapat di dalam buku ini ialah seperti alas meja tetamu, bakul, kad ucapan dan sebagainya.

Pelbagai jenis hiasan menggunakan sulaman manik dan labuci yang dimuatkan di dalam buku ini. Ia pasti akan dapat memberi inspirasi kepada anda untuk menghasilkan sulaman yang menarik.



Rekaan Sulaman Sikat (RM19.50)


Sulaman sikat merupakan salah satu teknik sulaman yang jarang diketahui oleh masyarakat umum. Hasilnya begitu menawan,unik dan cantik. Untuk menghasilkan teknik sulaman ini tidaklah sukat seperti yang digambarkan kerana peralatan yang digunakan sangat sedehana dan mudah didapati.

Selain itu,buku ini memuatkan secara lengkap teknik sulaman sikat,bermula dari alat dan bahan yang diperlukan,langkah-langkah menyulam dan tip-tip untuk memilih bahan sulaman sikat. Buku ini juga ada menyajikan gambar-gambar sulaman sikat yang sangat menarik dan boleh diaplikasikan di rumah anda. Antara bahan untuk menghasilkan rekaan sulaman sikat ialah sarung bantal hiasan sofa, alas kaki, buku catatan,apron memasak dan lain-lain.

Kemahiran anda menghasilkan sulaman sikat merupakan satu keuntungan dan mampu menjana pendapatan diri atau keluarga. Hal ini kerana masih ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan sulaman sikat. Jadi segeralah belajar melakukan sulaman sikat mengikut kebolehan anda



Variasi Comelnya Felt (RM19.90)


Kraf Felt sangat popular dan digemari dikalangan peminat cilik. Malahan ianya juga menjadi kegilaan orang dewasa. Bahan yang senang didapati dan mudah dihasilkan. Buku yang memaparkan koleksi menghasilkan pelbagai aksesori dari kain felt. Dilengkapkan dengan langkah demi langkah dan gambar yang jelas. Mudah dan comel untuk dihasilkan oleh kanak-kanak mahupun dewasa. 



Bunga Reben Versi Pengantin (RM29.90)


Serikan majlis perkahwinan anda dengan hiasan bunga reben yang menarik dan beraneka warna. Lebih bermakna sekiranya anda sendiri yang menjahit hiasan bunga reben ini. Anda boleh menggunakan hiasan bunga reben ini bermula daripada cenderamata untuk tetamu, bunga telur dan lain-lain. Buku Variasi Seni Hiasan Bunga reben menampilkan 11 jenis bunga reben yang boleh dijadikan hiasan dalam majlis perkahwinan anda. 



Variasi Mengait Untuk Si Comel (RM 23.00)



Buku ini memaparkan bentuk-bentuk mengait barangan dan aksesori bayi dengan mudah. Terdapat se[puluh paten yang pembaca dapat pelajari dengan naskhah ini kerana mengandungi langkah demi langkah mengait pakaian dan aksesori untuk si comel. Terdapat paten yang menarik dan sesuai digayakan untuk si comel anda.



Variasi Beg Berkait (RM 19.90)

BUKU ini memaparkan idea-idea kreatif dalam menghasilkan beg tangan yang menarik dengan kaedah mengait. Pelbagai pilihan corak menarik yang boleh dipelajari sekali gus merasai pengalaman menghasilkan beg sehingga proses terakhir. Langkah-langkah mudah berserta foto berwarna yang dilengkapi penerangan pasti membuatkan anda teruja untuk mencubanya. Bahanbahan yang diperlukan juga mudah didapati di pasaran. Sememangnya buku ini sesuai untuk anda yang gemarkan seni kraf tangan dan sukakan cabaran dalam menghasilkan produk kreatif anda sendiri. Lengkapkan koleksi beg tangan anda dengan menghasilkan sendiri beg mengikut cita rasa dan idea kreatif anda. Serlahkan daya kreativiti anda dan penuhi masa senggang dengan hobi baru ini, pasti berbaloi!



Variasi Asas Seni Jahitan Beg (RM23.00)

Buku ini menampilkan tejnik asas menjahit beg dan membentuk beg mengikut paten anda sendiri. Bermula dengan membuat asas beg, poket, zip dan sebagainya. Setiap beg yang ditunjukkan diterangkan dengan lebih jelas dengan lakaran pola yang disediakan. Di samping itu, diselitkan juga dengan info mengenai fabrik, peralatan dan teknik yang tertenti dalam menghasilkan setiap jenis beg. Turut dilengkapi denga gambar yang jelas dan langkah demi langkah.


No comments:

Post a Comment