Gaya Sulaman Manik (RM17.90)
Buku Gaya Sulaman Manik ini membahaskan tentang cara untuk melakukan sulaman menggunakan manik. Sulaman manik boleh digunakan untuk mencantikkan lagi sesuatu produk seperi beg tangan anda, baju, kasut dan juga perhiasan di rumah anda. Produk tersebut akan kelihatan lebih cantik dan bergaya. Di samping itu, buku ini juga menampilkan puluhan jahitan asas menyulam manik yang diterangkan dengan ringkas berserta gambar agar memudahkan pembaca yang baharu ingin belajar menyulam manik dapat mengikuti dan memahaminya.
Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan kepada mereka yang baharu ingin belajar tentang sulaman manik. Buku ini juga sesuai dijadikan rujukan dan sumber inspirasi untuk melahirkan idea-idea baharu bagi mereka yang sudah mahir dalam teknik sulaman manik.
Rekaan Sulaman Manik untuk Pemula (RM19.50)
Anda berminat dengan jahitan manik dan ingin memperlajarinya?
Anda tidak tahu bagaimana untuk mulakannya, apalagi, buku ini tepat bagi anda yang baru ingin mencuba jahitan manik.
Seni Sulaman Manik (RM16.90)
Keindahan kilauan manik sememangnya tidak dapat dinafikan tatkala disulam sebagai penambah seri penampilan sesuatu benda. Pesona seni sulaman manik ini juga mampu menghasilkan penilaian yang tinggi terhadap sesuatu barangan.
Dengan seni dan kreativiti yang anda ada, sudah pasti anda sangat teruja dengan sulaman manik yang mempesonakan mata anda. Mungkin sebelum ini anda tidak tahu bagaimana sulaman manik ini dibuat. Dengan buku Seni Sulaman Manik ini anda akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknik-teknik sulaman manik yang menarik. Buku ini menyediakan pelbagai panduan untuk memulakan sulaman manik. Bagi mereka yang baharu ingin bermula, teknik-teknik asas sulaman manik dihuraikan dengan jelas untuk memudahkan pembaca melakukannya.
Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan untuk anda memahirkan diri untuk membuat sulaman manik pada aksesori perhiasan anda. Contohnya seperti beg, tudung, jam dan baju anda.
Variasi Jahitan Labuci & Manik 300g (RM18.00)
Variasi Jahitan Manik & Labuci menampilkan corak jahitan labuci dan manik yang popular dan digemari ramai. Dipaparkan langkah demi langkah dengan gambar dan penerangan yang jelas dan terang. Tidak ketinggalan disertakan juga contoh-contoh paten jahitan labuci dan manik yang pasti akan menambah molek dan cantik pada pakaian anda. Jadikan buku ini sebagai inspirasi untuk membeir penampilan menonjol lagi menyerlah pada busana anda. Ia juga dijadikan hobi yang boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan.
Koleksi Sulaman Manik 200g (RM8.00)
Pelbagai idea yang dipaparkan diharap dapat memberi ilham untuk menghasilkan sulaman manik yang lebih kontemporari. Berbekalkan teks dan foto berwarna yang mudah diikuti, segala-galanya pasti menjadi realiti. Apa yang perlu, hanyalah minat, komitmen dan berani mencuba!
Antara teknik sulaman manik yang boleh dicuba buat sendiri :
Arizona - gabungan ros reben & sisik ikan
Cinderella - gabungan ros reben & bunga dahlia
Bunga rotan - gabungan ros bulion & bunga lalang
China doll - gabungan tiga serangkai & patchwork satin
Teknik sulaman manik tali air, sisik ikan, mutiara berantai & bunga teluki
Variasi Sulaman Manik Timbul 3D 500g (RM23.00)
A-Z Cara Mudah Menjahit Manik Tudung (RM20.00)
A-Z Cara Mudah Menjahit Manik Tudung menampilkan tip dan panduan berkaitan jahit manik dan labuci. Terdapat 11 paten jahit manik dengan teknik berbeza yang memaparkan langkah demi langkah dengan gambar dan penerangan yang jelas dan terang.
Jadikan buku ini sebagai sumber untuk memberi penampilan yang menyerlah pada tudung anda. Menjahit main tudung boleh dijadikan hobi selain dapat menjana pendapatan sampingan yang lumayan.
A-Z Cara Mudah Menjahit Manik Baju Kurung (RM18.00)
Sulaman Manik Indah (RM40.00)
Menghias tas tangan malam, selipar, kardigan, mencipta seni berbingkai cantik, bantal dan hiasan perayaan untuk rumah anda
Mencuba pelbagai manik termasuk mutiara, kristal, labuci dan banyak lagi
Menyerlah hasil kerja tangan anda dengan jahit smoking, tekat, lisu hias peniti, dan kun alur
Sulaman Glamor Manik 3D (RM45.00)
Sulaman Manik dan Labuci (RM39.90)
Gabungan manik dan labuci dan mutiara menghasilkan rekaan unggul. Buku ini memaparkan lebih 35 teknik dan 70 rekaan baru secara intensif yang boleh anda pelajari dalam sulaman manik dan labuci.
Koleksi Jahitan Manik Vol 1 (RM22.00)
Terdapat 15 rekabentuk terkini manic yang dapat dipelajari dengan mudah. Kami berharap para pembaca akan dapat memahami dan mendalami seni jahitan manic melalui langkah-langkah mudah di dalam buku ini.
Setiap ilustrasi memberi pemahaman yang sangat terperinci dan pastinya pembaca akan mendapat faedah dan pengetahuan yang secukupnya.
Setiap ilustrasi memberi pemahaman yang sangat terperinci dan pastinya pembaca akan mendapat faedah dan pengetahuan yang secukupnya.
Koleksi Jahitan Manik Vol2 (RM29.90)
Lakaran corak juga diajar dengan menggunakan teknik dan cara yang sistematik supaya mudah difahami dan diikuti.
Koleksi Jahitan Vol 3 (RM29.90)
Tema buku vol 3 ini adalah jahitan manik Bracelet kerana jahitan ini popular di pasaran jahitan terkini. Teknik jahitan ini berlainan dan amat disukai ramai. Hasil dan corak jahitan Bracelet adalah seperti rantai atau aksesori wanita yang sering dipakai sebagai hiasan kecantikan.
Cara jahitan Bracelet ini ada diajar dengan menggunakan 2 jarum berlainan dalam buku ini walaupun beberapa cara jahitan adalah menggunakan 2 jarum berlainan tetapi akan senang dipelajari kerana disertai dengan gambar yang jelas dan langkah-langkah yang terperinci. Kedua-dua jarum akan dilabelkan A dan B dengan warna benang yang berlainan. Ianya akan senang diikuti oleh peminat mahupun yang baru belajar menjahit.
Koleksi Jahitan Vol 4 (RM33.90)
Tema buku vol 4 ini adalah jahitan manik Crumble. Jahitan crumble selalu dihajit dengan bercampur pelbagai jenis warna, manic, mutiara, Kristal atau batu yang berlainan
Jahitan crumble tidak semestinya ada cara jahitan yang teratur atau cara tersusun. Tetapi ia diajar dengan cara terperinci dan senang diikuti mahupun hasil jahitan kelihatan susah dan rumit. Buku ini mengandungi 11 corak jahitan crumble.
Koleksi Jahitan Manik Vol 5 (RM 29.90)
Jahitan manik 3D adalah cara jahitan bunga dan daun yang dijahit bagi menghasilkan kesan timbul dan tiga dimensi. Buku ini mengandungi sebanyak 10 corak rekaan bentuk bunga dan daun 3D yang mudah diikuti berserta gambar dan langkah-langkah yang terperinci.
Teknik jahitan manic 3D juga mengajar gabungan warna yang menjadikan jahitan lebih eksklusif dan menambah seri. Lakaran corak tambahan pada keliling bunga 3D seperti lakaran bentuk S, tambahan manik crumble, bunga kuncup, daun halus dan lain-lain lagi juga diajarkan dalam buku ini.
Ini akan menyenangkan penghasilan jahitan terus pada baju mahupun yang baru belajar.
No comments:
Post a Comment