Wednesday, 13 May 2015

Koleksi Pakaian Lelaki

Panduan Menjjahit Pakaian Lelaki 600g (RM 21.00)

Buku ini menampilkan cara-cara menjahit beberapa jenis pakaian lelaki seperti menjahit kemeja, pakaian seni mempertahankan diri, seluar, jaket, baju Melayu dan sebagainya. Dipaparkan juga asas-asas memotong kain, mendapatkan pola yang betul, mengambil ukuran baju dan banyak lagi untuk memudahkan kerja-kerja menjahit anda.

Anda tidak perlu bimbang kerana Puan Mariam memberikan penerangan yang mudah difahami dalam bentuk poin, gambar rajah yang jelas dan ilustrasi menarik pakaian lelaki. Anda juga ditunjukkan cara-cara menampilkan kekemasan dan pemakaian yang lengkap mengikut suasana, warna dan pemilihan fabrik yang sesuai.



A-Z Menjahit Baju Melayu (RM 34.00)

Baju melayu merupakan pakaian warisan budaya masyarakat Melayu yang juga pakaian tradisional negara Malaysia. Selain dipakai semasa majlis tertentu seperti kenduri, majlis perkahwinan dan hari raya, baju ini turut dipakai untuk ke majlis rasmi seperti penyampaian hadiah, mesyuarat dan sebagainya.
Kebiasaannya, baju melayu dipakai berserta dengan seluar baju melayu. Walau bagaimanapun, baju melayu juga sesuai dipadankan dengan kain sarung untuk menghadiri acara-acara biasa seperti solat berjemaah di surau atau masjid dan juga majlis ilmu.
Senario hari ini, lebih ramai individu mengupah orang menjahit pakaian berkenaan berbanding mencuba sendiri. Hal ini disebabkan oleh beberapa perkara termasuk kekangan masa. Pun begitu, tidak dinafikan masih ada individu yang suka mencuba. Maka atas kesedaran yang ada, penulis terpanggil untuk mendokumentasi dan menyebarkan ilmu menjahit pakaian warisan ini agar tidak lapuk ditelan masa.




No comments:

Post a Comment