Teknik Menjahit 16 Model Gaun Menawan (RM25.00)
Panduan Menjahit Pakaian Wanita 800g (RM 21.00)
Lanjutan daripada Panduan Membuat Pakaian. Ditunjukkan cara-cara menyediakan pola pelbagai rekaan; susunannya dari yang termudah hinggalah ke rumit.
Diselitkan petua jahitan serta panduan bagi anda yang ingin menjadikan hobi menjahit ini sebagai aktiviti sepenuh masa bagi menambah pendapatan.
Oh, Mudahnya Buat Baju Kurung 200g (RM 17.00)
Ingat tak… emak atau nenek kita buat baju masa dulu-dulu? Mereka buat baju kurung tidak menggunakan pola atau pembaris pun. Semua main agak-agak saja. Ada juga yang ukur menggunakan jengkal jari menggantikan pita ukur.
Sebenarnya, menjahit baju kurung ini sangat mudah sekiranya kita faham langkah-langkah asasnya. Dengan bahan-bahan yang ringkas, kita juga mampu menghasilkan baju kurung yang cantik dan kemas. OH, MUDAHNYA BUAT BAJU KURUNG memang sesuai untuk dijadikan panduan oleh para gadis bagi memulakan langkah pertama menjahit baju kurung sendiri
Oh, Mudahnya Jahit Kebaya (RM 17.00)
A-Z Menjahit Baju Kurung (RM 25.00)
Buku ini ditulis atas kesedaran penulis demi pentingnya generasi sekarang mengetahui kaedah menjahit baju kurung.
Buku ini memuatkan cara menjahit baju kurung khasnya baju kurung pesak dan baju kurung lining yang semaking digemari oleh masyarakat sekarang
A-Z Menjahit Baju Kurung Moden (RM 28.00)
Caranya mudah sahaja. Ikutilah langkah-langkah yang ditunjukkan dalam buku ini. Untuk memotong dan menjahit baju kurung moden, tidaklah sesukar mana. Baca arahan yang diberikan, rujuk gambar yang disediakan, fahami dan seterusnya memulakan. Bermula dengan mengambil ukuran, membuat pola menggunakan kertas, memotong kain, menjahit hinggalah menjahit; semuanya ada dalam buku ini. Miliki buku ini, buatlah baju kurung moden anda sendiri.
A-Z Menjahit Baju Kebaya Malaysia (RM 34.00)
Ingin belajar menjahit baju kebaya Malaysia? Ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan dalam buku ini. Untuk memotong dan menjahit baju kebaya, tidaklah sukar. Baca arahan yang diberikan, rujuk gambar yang disediakan, fahami dan seterusnya memulakan langkah pertama. Bermula dengan mengambil ukuran, membuat pola menggunakan kertas, memotong kain, menjahit hinggalah menjahit kemasan; semuanya terdapat dalam buku ini. Miliki buku ini, dan hasilkan baju kebaya anda sendiri.
Variasi Teknik Menjahit 550g (RM 21.00)
VARIASI TEKNIK MENJAHIT hasil daripada Rosita Jaafar diterbitkan khusus untuk memberi panduan cara-cara melukis pola, memotong dan menjahit pakaian wanita. Antaranya ialah baju kebaya, baju kurang, blaus, jaket, skirt, seluar, baju tidur dan hiasan manik. Setiap arahan dilengkapi dengan foto berwarna bagi memudahkan pemahaman.
Kepuasan sebenar aka lebih terasa seandainya pakaian yang dihasilkan bukan sahaja dapat disiapkan tetapi juga selesa dipakai dan terletak cantik di badan
Tatacara Jahitan Blaus yang Menawan (RM17.90)
Blaus merupakan pakaian wanita yang semakin digilai kini. Fesyen ini menampilkan gaya wanita yang tampak bergaya dan simpel. Ia sesuai dipakai oleh setiap wanita tidak mengira ketinggian atau bentuk badan. Ia tetap kelihatan menarik dan bergaya.
Blaus juga sesuai dipakai untuk ke pejabat. Penampilannya biasa tetapi kemas dan menarik. Buku Tatacara Jahitan Blaus yang Menawan mengupas rahsia di sebalik rekaan dan jahitan blaus. Di dalam buku ini menampilkan 12 corak blaus yang cantik dan menawan. Penuh dengan gaya terkini. Buku ini sesuai dijadikan rujukan dan inspirasi bagi sesiapa sahaja yang meminati seni jahitan dan yang baru ingin bermula. Setiap langkah disusun dengan teratur dan diterangkan dengan mudah untuk kemudahan pembaca. Antara kandungan yang terdapat di dalam buku ini ialah seperti blaus bunga, blaus kotak-kotak, blaus lengan lis dan banyak lagi. ia sudah pasti akan memberi manfaat yang berguna kepada anda.
Bagi anda yang meminati seni jahitan dan yang baru ingin belajar menjahit, buku ini sangat sesuai dijadikan panduan dan rujukan.
Oh! Mudahnya Jahit Skirt & Palazo (RM20.00)
Skirt dan Palazo adalah antara fesyen terkini yang semakin mendapat tempat dihati masyarkat. Dengan rekaan terkini, ia mampu membuatkan si pemakai tampil lebih elegan. Rekaan yang dihasilkan dengan penggunaan fabric yang bermutu menepati cita rasa dan sesuai untuk semua golongan. Di samping itu, harga untuk memiliki pakaian ini juga tidak terlalu mahal dan berpatutan.
Oh! Mudahnya Jahit Blaus (RM21.90)
Pelajari 9 reka bentuk blaus moden yang mudah untuk persalinan seharian ke pejabat dan bersantai. Semuanya dipaprkan dengan keterangan terperinci dan gambar yang jelas. Disertakan juga pola asas untuk memudahkan anda belajar menjahit blaus anda sendiri.
assalam sis...mcm mana nak beli buku nu ya??
ReplyDelete