Thursday 16 April 2015

Koleksi Sulaman Reben

 Sulaman Reben Pada Busana (17.90) 

Walaupun teknik sulaman reben tidak pernah lenyap 100% dari dunia fesyen, akan tetapi sulaman reben tidaklah begitu popular. Namun begitu sentuhan buatan tangan dari lilitan reben yang cantik ini berjaya mencuri perhatian beberapa golongan untuk menambah koleksi busana mereka dengan aksesori sulaman reben.

Buku Sulaman Reben pada Busana mengupas tentang cara membuat sulaman menggunakan reben untuk mengindah dan mencantikkan lagi busana anda di samping menceritakan tentang potensi sulaman reben di pasaran. Pelbagai teknik sulaman reben diterangkan dengan terperinci dan mudah, terdapat juga gambar-gambar berkaitan langkah demi langkah dalam membuat sulaman reben pada busana anda. Dengan kemahiran yang anda ada dalam sulaman reben mungkin juga boleh dijadikan sumber pendapatan anda.

Anda sudah pasti akan merasa teruja apabila ada rakan-rakan bertanya tentang sulaman yang ada pada busana anda bukan? Kerana sulaman tersebut merupakan hasil kreativiti anda sendiri. Mungkin rakan-rakan anda mahu anda melakukan sulaman untuk busana mereka juga.




Seni Reben dan Lace (RM15.90)

Seni gubahan merupakan sebuah rekaan yang sangat kreatif dan menarik. Kebiasaannya seni gubahan ini dilakukan oleh golongan wanita tetapi tidak terkecuali juga bagi golongan lelaki.Gubahan dilakukan sebagai kerjaya dan hobi dan boleh dikomersialkan.

Seni gubahan yang ingin ditonjolkan di dalam buku Seni Reben dan Lace mengkhususkan penggunaan reben dan lace sebagai bahan asas. Mungkin kita tidak pernah terfikir sebelum ini untuk menggabungkannya. Melalui buku ini anda akan disajikan dengan gabungan antara gabungan reben dan lace dalam berbagai-bagai bentuk, model, tekstur, gabungan, paduan warna dan tema berbeza. Hasilnya sangat menarik. Pelbagai model yang menarik dapat dihasilkan dan secara tidak langsung boleh dijadikan cenderamata, hadiah ulang tahun, hadiah perkahwinan, perhiasan rumah dan sebagainya. Anda pasti akan merasa puas dapat menghiasi kediaman anda dengan hasil rekacipta anda sendiri.

Buku menarik ini sesuai dijadikan panduan dalam membuat gubahan menarik dengan hanya menggunakan reben dan lace. Anda sudah pasti akan dapat membuat gubahan anda dengan baik melalui panduan yang diberikan di dalam buku ini.




Seni Sulaman Reben (RM13.90)

Rasa kagum akan kecantikan dunia flora dan fauna sering memberikan inspirasi di dalam diri kita untuk menghasilkan sesuatu karya seni yang dapat mengabadikan keindahan alam semula jadi. Salah satu caranya adalah melalui seni sulaman reben.

Sulaman klasik ini menggunakan teknik yang cukup sederhana dan mudah dipelajari. Hanya dengan beberapa tusukan, anda dapat menghasilkan keindahan bunga dalam bentuk tiga dimensi yang unik dan menarik.

Melalui buku ini, anda akan mempelajari kaedah menghasilkan pelbagai sulaman reben yang menarik melalui penerangan yang disampaikan secara berperingkat. Foto-foto tahap pembuatannya pula akan memudahkan lagi pemahaman anda, sekali gus membolehkan anda untuk mempraktikkannya. Anda pasti akan terpegun dengan hasilnya.





Variasi Seni Sulaman Reben 400g (RM29.90)

Jahitan sulaman reben merupakan cabang seni jahitan yang menarik dan punya daya kecantikannya tersendiri. Ia juga mudah dipelajari oleh sesiapa yang berminat meskipun tanpa ilmu asas jahitan yang lengkap. Istimewa untuk anda yang meminati jahitan sulaman reben, dapatkan pelbagai corak rekaan sulaman reben yang cantik dan mudah di dalam naskhah ini.





Bunga Reben Jilid 1 (RM32.00)
Bunga Reben (Jilid 1) terkandung 10 paten panduan dan teknik-teknik membuat bunga reben. Jadikan buku ini sebagai bimbingan dan panduan untuk anda membuat bunga reben. Anda bukan sahaja dapat mengisi masa lapang malah dapat menjimatkan kos dalam menghias sudut ruang rumah.




Jahitan Asas Sulaman Reben (RM39.00)
Keindahan bunga dapat diaspiraskan dengan jahitan sulaman riben. Hasil jahitan yang menarik boleh dijadikan hiasan di sudut ruang rumah. Lahirkan kreativiti anda dengan menjadikan buku ini sebagai aspirasi jahitan. Buku ini menyediakan panduan asas jahitan sulaman riben. Panduan langkah demi langkah diberikan beserta dengan gambar rajah yang mudah difahami. Terdapat juga pelbagai jenis rekaan jahitan sulaman riben yang boleh dijadikan rujukan. Malah ia boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan jika benar-benar berminat.

No comments:

Post a Comment