Thursday, 14 May 2015

Koleksi Sulaman Manik

 Gaya Sulaman Manik (RM17.90)

Kilauan manik menjadikan sesuatu kelihatan mewah dan indah. Bentuk dan warna yang bergemerlapan boleh digunakan dan diaplikasikan pada perlabagi produk seperti baju, beg, sarung bantal, langsir dan berbagai-bagai lagi hanya dengan menggunakan teknik sulaman.

Buku Gaya Sulaman Manik ini membahaskan tentang cara untuk melakukan sulaman menggunakan manik. Sulaman manik boleh digunakan untuk mencantikkan lagi sesuatu produk seperi beg tangan anda, baju, kasut dan juga perhiasan di rumah anda. Produk tersebut akan kelihatan lebih cantik dan bergaya. Di samping itu, buku ini juga menampilkan puluhan jahitan asas menyulam manik yang diterangkan dengan ringkas berserta gambar agar memudahkan pembaca yang baharu ingin belajar menyulam manik dapat mengikuti dan memahaminya.

Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan kepada mereka yang baharu ingin belajar tentang sulaman manik. Buku ini juga sesuai dijadikan rujukan dan sumber inspirasi untuk melahirkan idea-idea baharu bagi mereka yang sudah mahir dalam teknik sulaman manik.




 Rekaan Sulaman Manik untuk Pemula (RM19.50)
Anda berminat dengan jahitan manik dan ingin memperlajarinya?
Anda tidak tahu bagaimana untuk mulakannya, apalagi, buku ini tepat bagi anda yang baru ingin mencuba jahitan manik.



Seni Sulaman Manik (RM16.90)

Keindahan kilauan manik sememangnya tidak dapat dinafikan tatkala disulam sebagai penambah seri penampilan sesuatu benda. Pesona seni sulaman manik ini juga mampu menghasilkan penilaian yang tinggi terhadap sesuatu barangan.

Dengan seni dan kreativiti yang anda ada, sudah pasti anda sangat teruja dengan sulaman manik yang mempesonakan mata anda. Mungkin sebelum ini anda tidak tahu bagaimana sulaman manik ini dibuat. Dengan buku Seni Sulaman Manik ini anda akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknik-teknik sulaman manik yang menarik. Buku ini menyediakan pelbagai panduan untuk memulakan sulaman manik. Bagi mereka yang baharu ingin bermula, teknik-teknik asas sulaman manik dihuraikan dengan jelas untuk memudahkan pembaca melakukannya.

Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan untuk anda memahirkan diri untuk membuat sulaman manik pada aksesori perhiasan anda. Contohnya seperti beg, tudung, jam dan baju anda.




Variasi Jahitan Labuci & Manik 300g (RM18.00)

Perincian jahitan manik dan labuci pada pakaian yang bercorak mahu pun polos mampu membeir penampilan yang lebih menyerlah. Seni jahitan ini ringkas tetapi memerlukan daya kreativiti dan ketelitian.

Variasi Jahitan Manik & Labuci menampilkan corak jahitan labuci dan manik yang popular dan digemari ramai. Dipaparkan langkah demi langkah dengan gambar dan penerangan yang jelas dan terang. Tidak ketinggalan disertakan juga contoh-contoh paten jahitan labuci dan manik yang pasti akan menambah molek dan cantik pada pakaian anda. Jadikan buku ini sebagai inspirasi untuk membeir penampilan menonjol lagi menyerlah pada busana anda. Ia juga dijadikan hobi yang boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan.



Koleksi Sulaman Manik 200g (RM8.00)

TANPA menghadiri sebarang kelas, KOLEKSI SULAMAN MANIK ini ibarat guru yang mengajar langkah demi langkah. Bermula daripada jahitan asas sehinggalah gabungan sulaman manik dengan sulaman tangan, setiap penerangan diberikan secara tepat agar anda mampu menghasilkan sendiri. 

Pelbagai idea yang dipaparkan diharap dapat memberi ilham untuk menghasilkan sulaman manik yang lebih kontemporari. Berbekalkan teks dan foto berwarna yang mudah diikuti, segala-galanya pasti menjadi realiti. Apa yang perlu, hanyalah minat, komitmen dan berani mencuba!

Antara teknik sulaman manik yang boleh dicuba buat sendiri :

Arizona - gabungan ros reben & sisik ikan
Cinderella - gabungan ros reben & bunga dahlia
Bunga rotan - gabungan ros bulion & bunga lalang
China doll - gabungan tiga serangkai & patchwork satin

Teknik sulaman manik tali air, sisik ikan, mutiara berantai & bunga teluki




Variasi Sulaman Manik Timbul 3D 500g (RM23.00)
Variasi Sulaman Manik Timbul 3D naskhah terbaru daripada penulis baru iaitu Sheikh Azmi Sheik Omar. Terdapat sepuluh paten bunga manik yang dipaparkan dalam buku ini dengan teknik yang berbeza. Setiap teknik yang ditunjukkan dilengkapkan dengan langkah demi langkah yang jelas dan terang. Bagi penggemar seni jahitan manik, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan buku ini pada hujung Febuari.



A-Z Cara Mudah Menjahit Manik Tudung (RM20.00)

Tudung kosong boleh diperindahkan dengan perincian jahitan manik dan labuci untuk memberi penampilan yang lebih menyerlah. Seni jahitan ini ringkas tetapi memerlukan daya kreativiti dan ketelitian.

A-Z Cara Mudah Menjahit Manik Tudung menampilkan tip dan panduan berkaitan jahit manik dan labuci. Terdapat 11 paten jahit manik dengan teknik berbeza yang memaparkan langkah demi langkah dengan gambar dan penerangan yang jelas dan terang.

Jadikan buku ini sebagai sumber untuk memberi penampilan yang menyerlah pada tudung anda. Menjahit main tudung boleh dijadikan hobi selain dapat menjana pendapatan sampingan yang lumayan.



A-Z Cara Mudah Menjahit Manik Baju Kurung (RM18.00)

Buku berwarna-warni menampilkan jahitan asas menjahit manik & labuci diterangkan secara ringkas bergambar. Mudah diikuti & difahami. Cantikkan lagi koleksi baju kurung anda supaya lebih bergaya! Sesuai sbg rujukan & sumber inspirasi melahirkan idea bagi yang sudah mahir dalam teknik jahitan manik. Jadikan ia sbg hobi yang boleh menenangkan fikiran & menghilangkan stres selain dapat menjana pendapatn sampingan yang lumayan!



Sulaman Manik Indah (RM40.00)

Terokai pelbagai teknik dan corak indah dan hasilkan projek yang pasti menjadi kenang-kenangan turun-temurun. Bermula dengan arahan lengkap, bahan-bahan, senarai barangan dan ilustrasi, disertakan pula grid jahitan pasti membantu anda menyiapkan segala projek anda. Anda boleh:

Menghias tas tangan malam, selipar, kardigan, mencipta seni berbingkai cantik, bantal dan hiasan perayaan untuk rumah anda
Mencuba pelbagai manik termasuk mutiara, kristal, labuci dan banyak lagi
Menyerlah hasil kerja tangan anda dengan jahit smoking, tekat, lisu hias peniti, dan kun alur



Sulaman Glamor Manik 3D (RM45.00)

Sulaman Glamor Manik 3 Dimensi adalah satu keunikan yang telah dibawa khas dari negara barat dan diolah semula mengikut kehendak masyarakat Malaysia, khususnya bagi yang meminati dunia fesyen. Hasil cantuman ribuan manik-manik membentuk kepingan-kepingan daun, kelopak bunga-bungaan serta bunga-bunga renek sehingga ia menjadi timbul, membuatkan mata tidak berhenti merenung terpukau! Terokai dunia sulaman manik berdimensi dari idea teknik jahitan peyote kerana perkembangan teknik ini telah berjaya menyerlahkan busana agar kelihatan lebih glamor!



Sulaman Manik dan Labuci (RM39.90)

MANIK dan LABUCI yang anggun memberikan satu keunikan kepada peminat-peminat fesyen. Kemahiran menghiasi manik dan labuci dengan corak flora dan fauna tropika Asia menonjolkan konsep etnik, grafik dan tradisi imiginasi kreatif. Pasti ianya menambah keserian kilauan kepada pakaian anda.

Gabungan manik dan labuci dan mutiara menghasilkan rekaan unggul. Buku ini memaparkan lebih 35 teknik dan 70 rekaan baru secara intensif yang boleh anda pelajari dalam sulaman manik dan labuci.



Koleksi Jahitan Manik Vol 1 (RM22.00)

Terdapat 15 rekabentuk terkini manic yang dapat dipelajari dengan mudah. Kami berharap para pembaca akan dapat memahami dan mendalami seni jahitan manic melalui langkah-langkah mudah di dalam buku ini.
Setiap ilustrasi memberi pemahaman yang sangat terperinci dan pastinya pembaca akan mendapat faedah dan pengetahuan yang secukupnya.



Koleksi Jahitan Manik Vol2 (RM29.90)

Terdapat 20 rekabentuk jahitan manik tepi kain dan corak rekaan bunga dengan daun dalam buku ini. Semua rekabentuk disertai dengan gambar-gambar dan langkah-langkah terperinci.
Lakaran corak juga diajar dengan menggunakan teknik dan cara yang sistematik supaya mudah difahami dan diikuti.



 Koleksi Jahitan Vol 3 (RM29.90)

Tema buku vol 3 ini adalah jahitan manik Bracelet kerana jahitan ini popular di pasaran jahitan terkini. Teknik jahitan ini berlainan dan amat disukai ramai. Hasil dan corak jahitan Bracelet adalah seperti rantai atau aksesori wanita yang sering dipakai sebagai hiasan kecantikan. 
Cara jahitan Bracelet ini ada diajar dengan menggunakan 2 jarum berlainan dalam buku ini walaupun beberapa cara jahitan adalah menggunakan 2 jarum berlainan tetapi akan senang dipelajari kerana disertai dengan gambar yang jelas dan langkah-langkah yang terperinci. Kedua-dua jarum akan dilabelkan A dan B dengan warna benang yang berlainan. Ianya akan senang diikuti oleh peminat mahupun yang baru belajar menjahit.


 Koleksi Jahitan Vol 4 (RM33.90)

Tema buku vol 4 ini adalah jahitan manik Crumble. Jahitan crumble selalu dihajit dengan bercampur pelbagai jenis warna, manic, mutiara, Kristal atau batu yang berlainan
Jahitan crumble tidak semestinya ada cara jahitan yang teratur atau cara tersusun. Tetapi ia diajar dengan cara terperinci dan senang diikuti mahupun hasil jahitan kelihatan susah dan rumit. Buku ini mengandungi 11 corak jahitan crumble.



Koleksi Jahitan Manik Vol 5 (RM 29.90)

Jahitan manik 3D adalah cara jahitan bunga dan daun yang dijahit bagi menghasilkan kesan timbul dan tiga dimensi. Buku ini mengandungi sebanyak 10 corak rekaan bentuk bunga dan daun 3D yang mudah diikuti berserta gambar dan langkah-langkah yang terperinci. 
Teknik jahitan manic 3D juga mengajar gabungan warna yang menjadikan jahitan lebih eksklusif dan menambah seri. Lakaran corak tambahan pada keliling bunga 3D seperti lakaran bentuk S, tambahan manik crumble, bunga kuncup, daun halus dan lain-lain lagi juga diajarkan dalam buku ini. 
Ini akan menyenangkan penghasilan jahitan terus pada baju mahupun yang baru belajar.




Wednesday, 13 May 2015

Koleksi Jahitan Kreatif

Kreativiti Jahitan Beralun (RM 17.90) 

Pelbagai jenis kraftangan yang dikenali dengan istilah handmade kini semakin diminati dan terus berkembang. Malah perkembangannya menjadi semakin menarik, indah dan mempunyai nilai yang tinggi. Begitu juga dengan bidang jahitan khususnya teknik jahitan beralun.

Jahitan beralun adalah salah satu teknik jahitan yang menghasilkan produk seni halus yang unik dan indah. Kini teknik ini mula timbul kembali seiring dengan semakin maraknya pelbagai jenis barangan hasil kraftangan yang mempunyai nilai seni yang tinggi dan halus. Penggunaan produk hasil jahitan beralun kini bukan hanya untuk model pakaian atau sarung kusyen sahaja, tetapi juga untuk beg tangan, topi, kasut, sandal termasuk juga kelengkapan pelbagai jenis keperluan lain.

Dalam buku ini, dipersembahkan pelbagai jenis model jahitan beralun lengkap dengan kaedahnya satu persatu supaya mudah diikuti, khususnya bagi yang baru hendak memulakan teknik yang unik dan tidak membosankan ini.




Variasi Jahitan Sarung Kusyen Beralun 150g (RM 21.00)

PELBAGAI rekaan jahitan beralun dapat dipelajari dengan mudah dalam naskah Variasi Jahitan Sarung Kusyen Beralun ini. Keupayaan menguasai seni jahitan ini mampu memberi penampilan menarik kepada hiasan dalaman rumah anda. Cukup mudah menghasilkannya. Tidak memerlukan kemahiran menjahit yang tinggi tetapi kerajinan dan ketekunan yang tiada bandingannya. Setiap rekaan jahitan juga dipaparkan dengan gambar yang terang dan juga pola yang jelas. Pasti anda menyesal jika tidak memiliki naskah ini. Selamat Mencuba.



Variasi Seni Jahitan Mengait (RM 22.00)

Variasi Seni Jahitan mengait memaparkan seni mengait khusus untuk hiasan rumah dan aksesori. Bagi yang gemar menghasilkan barangan hiasan rumah dari mengait boleh dapatkan buku ini. Terdapat beberapa paten yang menarik dipaparkan dalam naskhah ini. Juga ditampilkan dalam langkah demi langkah dan penerangan yang jelas. Jadikan buku sebagai rujukan anda.



Bunga - bunga Manik (RM44.00) 



Variasi Seni Jahitan 550g (RM 21.00)


Berkonsepkan 3 dalam 1; fesyen, imej dan sulaman. Dilengkapi panduan membentuk imej diri agar penampilan lebih menarik.

Pelajari cara-cara melukis pola, memotong fabrik & menjahit 33 rekaan fesyen; kasual, pejabat, kontemporari, tradisional, majlis dan pengantin. Memuatkan teknik asas sulaman tangan, sulaman manik labuci, kemasan kelim & ros satin.




Teknik Menyirat Kreatif (RM15.90)


Mengait atau menyirat (crochet) adalah seni kait-mengait menggunakan benang yang sudah dikenali sejak dahulu. Aneka motifnya yang tidak ditelan dek masa membuatkannya tetap digemari sepanjang masa. Motif yang sederhana pun akan tetap kelihatan cantik apatah lagi jika anda berani bermain dengan warna untuk mencipta paduan warna yang harmoni.

Buku ini memaparkan teknik asas menyirat menggunakan sebatang pengait (hook). Dikhususkan kepada mereka yang baru belajar dalam seni ini, buku ini menyediakan bahan, cara memegang benang hinggalah beberapa jenis rajutan yang dipersembahkan dalam bentuk foto.

Ianya amat mudah dan anda akan berpuas hati jika ianya merupakan hasil kerja tangan anda sendiri. Anda boleh membuat sarung bantal, tirai untuk dekorasi rumah, membuat cenderahati, aksesori dan sebagainya.



Pengait Kreatif (RM17.90)



Mengait atau tusuk silang bukanlah sesuatu yang asing. Ia merupakan salah satu cara untuk mengisi masa lapang bagi mereka yang meminatinya. Selain mendatangkan kepuasan, hasil kait juga dapat mendatangkan pendapatan kepada mereka yang mengusahakannya.

Buku ini boleh menjadi sumber inspirasi anda dalam seni mengait. Ianya lengkap bermula dari langkah terakhir bagi pelbagai pola. Produk seperti beg, beg telefon bimbit, kad ucapan dan alas piring juga menjadi lebih cantik dengan adanya hasil kait pada produk tersebut. Melalui tip-tip yang berguna, anda dapat memulakan hasil seni anda dengan baik dan teratur.



Labuci & Manik Untuk Dekorasi (RM18.90)

Labuci dan manik merupakan objek yang boleh digunakan untuk menghias pakaian, beg, lanagsir, sofa dan banyak lagi kegunaannya. Labuci dan manik sering disulam untuk dijadikan perhiasan pakaian wanita. Pakaian wanita akan tampak lebih indah dan menarik dengan sulaman labuci yang kemas.

Menyulam merupakan aktiviti kreatif yang menyeronokka. Selain mengisi masa lapang, menyulam juga dikatakan dapat meningkatkan daya tumpuan. Buku Labuci & Manik untuk Dekorasi mengupas tentang penggunaan labuci dan manik berserta sulaman. Selain benang dan reben, menyulam juga boleh dilakukan dengan menggunakan manik dan labuci. Manik dan labuci ini boleh disulam mennjadi pelbagai bentuk yang menarik. Labuci dan manik bukan hanya digunakan untuk menghias pakaian sahaja tetapi digunakan untuk pelbagai hiasan lain. Antara contoh sulaman labuci dan manik yang terdapat di dalam buku ini ialah seperti alas meja tetamu, bakul, kad ucapan dan sebagainya.

Pelbagai jenis hiasan menggunakan sulaman manik dan labuci yang dimuatkan di dalam buku ini. Ia pasti akan dapat memberi inspirasi kepada anda untuk menghasilkan sulaman yang menarik.



Rekaan Sulaman Sikat (RM19.50)


Sulaman sikat merupakan salah satu teknik sulaman yang jarang diketahui oleh masyarakat umum. Hasilnya begitu menawan,unik dan cantik. Untuk menghasilkan teknik sulaman ini tidaklah sukat seperti yang digambarkan kerana peralatan yang digunakan sangat sedehana dan mudah didapati.

Selain itu,buku ini memuatkan secara lengkap teknik sulaman sikat,bermula dari alat dan bahan yang diperlukan,langkah-langkah menyulam dan tip-tip untuk memilih bahan sulaman sikat. Buku ini juga ada menyajikan gambar-gambar sulaman sikat yang sangat menarik dan boleh diaplikasikan di rumah anda. Antara bahan untuk menghasilkan rekaan sulaman sikat ialah sarung bantal hiasan sofa, alas kaki, buku catatan,apron memasak dan lain-lain.

Kemahiran anda menghasilkan sulaman sikat merupakan satu keuntungan dan mampu menjana pendapatan diri atau keluarga. Hal ini kerana masih ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan sulaman sikat. Jadi segeralah belajar melakukan sulaman sikat mengikut kebolehan anda



Variasi Comelnya Felt (RM19.90)


Kraf Felt sangat popular dan digemari dikalangan peminat cilik. Malahan ianya juga menjadi kegilaan orang dewasa. Bahan yang senang didapati dan mudah dihasilkan. Buku yang memaparkan koleksi menghasilkan pelbagai aksesori dari kain felt. Dilengkapkan dengan langkah demi langkah dan gambar yang jelas. Mudah dan comel untuk dihasilkan oleh kanak-kanak mahupun dewasa. 



Bunga Reben Versi Pengantin (RM29.90)


Serikan majlis perkahwinan anda dengan hiasan bunga reben yang menarik dan beraneka warna. Lebih bermakna sekiranya anda sendiri yang menjahit hiasan bunga reben ini. Anda boleh menggunakan hiasan bunga reben ini bermula daripada cenderamata untuk tetamu, bunga telur dan lain-lain. Buku Variasi Seni Hiasan Bunga reben menampilkan 11 jenis bunga reben yang boleh dijadikan hiasan dalam majlis perkahwinan anda. 



Variasi Mengait Untuk Si Comel (RM 23.00)



Buku ini memaparkan bentuk-bentuk mengait barangan dan aksesori bayi dengan mudah. Terdapat se[puluh paten yang pembaca dapat pelajari dengan naskhah ini kerana mengandungi langkah demi langkah mengait pakaian dan aksesori untuk si comel. Terdapat paten yang menarik dan sesuai digayakan untuk si comel anda.



Variasi Beg Berkait (RM 19.90)

BUKU ini memaparkan idea-idea kreatif dalam menghasilkan beg tangan yang menarik dengan kaedah mengait. Pelbagai pilihan corak menarik yang boleh dipelajari sekali gus merasai pengalaman menghasilkan beg sehingga proses terakhir. Langkah-langkah mudah berserta foto berwarna yang dilengkapi penerangan pasti membuatkan anda teruja untuk mencubanya. Bahanbahan yang diperlukan juga mudah didapati di pasaran. Sememangnya buku ini sesuai untuk anda yang gemarkan seni kraf tangan dan sukakan cabaran dalam menghasilkan produk kreatif anda sendiri. Lengkapkan koleksi beg tangan anda dengan menghasilkan sendiri beg mengikut cita rasa dan idea kreatif anda. Serlahkan daya kreativiti anda dan penuhi masa senggang dengan hobi baru ini, pasti berbaloi!



Variasi Asas Seni Jahitan Beg (RM23.00)

Buku ini menampilkan tejnik asas menjahit beg dan membentuk beg mengikut paten anda sendiri. Bermula dengan membuat asas beg, poket, zip dan sebagainya. Setiap beg yang ditunjukkan diterangkan dengan lebih jelas dengan lakaran pola yang disediakan. Di samping itu, diselitkan juga dengan info mengenai fabrik, peralatan dan teknik yang tertenti dalam menghasilkan setiap jenis beg. Turut dilengkapi denga gambar yang jelas dan langkah demi langkah.


Koleksi Jahitan Pakaian

Variasi Busana Tradisional 300g (RM 30.00)

BUKU ini menghimpunkan pelbagai fesyen pakaian tradisional Melayu yang sentiasa dipelihara sehingga kini. Biarpun banyak fesyen baru yang sentiasa muncul, namun ia tidak dapat menandingi khazanah warisan ini yang sudah diperakui keasliannya. Variasi Busana Tradisional, hasil ilham kreatif pereka fesyen terbilang, Salikin Sidek bertujuan memartabatkan satu cabang peninggalan sejarah orang-orang Melayu yang kaya dengan kelembutan, kesopanan, dan ketinggian budaya.




 Variasi Busana Pengantin Melayu Tradisional 350g 
(RM 49.90)

Garapan istimewa daripada Salikin Sidek, pereka fesyen tersohor yang tidak jemu memperjuangkan warisan bangsa ini mengandungi himpunan busana tradisonal pengantin Melayu yang menjadi persa-linan raja sehari. Biarpun diulit kemodenan, yang asli dan tradisi tetap di kelek dan dipelihara agar warisan dapat dinikmati oleh generasi kita di masa akan datang dan ia tetap menjadi kebanggaan dan tidak hilang di-telan zaman. Naskhah yang memaparkan persalinan indah daripada pelbagai negeri berserta dengan pola mudah, cara jahitan dan panduan perhiasan yang betul.



Panduan Membuat Pakaian (RM 55.00)


Buku yang padat dengan ilmu serta panduan terperinci asas menjahit pakaian. Sebagai teks pembelajaran serba lengkap yang padat dengan keterangan dan gambarajah.

Menjadi rujukan politeknik, institut kemahiran dan kolej fesyen.




Teknik Menjahit Pola Busana Tahap Asas (RM32.90)

Dunia busana semakin berkembang dengan cepat. Setiap masa telah diciptakan pelbagai gaya baru yang cukup indah dan diminati ramai. Pertumbuhan pesat ini menyebabkan kekurangan daya dalam menghasilkan busana. Meningkatnya permintaan masyarakat terhadap busana dengan rekaan menarik, membuatkan ramai pihak ingin terjun dalam bidang ini.

Buku ini disusun untuk memberi tambahan pengetahuan dan keterampilan menjahit busana sesuai dengan perkembangan keperluan dalam masyarakat. Di dalamnya diberikan petunjuk untuk membuat pola busana dengan cara yang praktis dan sederhana, di mana bahan-bahannya meliputi cara ukuran, pembuatan pola asas, pemecahan model, perancangan bahan/pelengkap pakaian, hingga kepada pengenalan teknik pembuatan sketsa atau lukisan busana.



Teknik Menjahit Pola Busana Tahap Mahir (RM37.90)


Buku ini merupakan lanjutan daripada buku Teknik Membuat Pola Busana Tahap Asas. Dalam buku ini dimuatkan pola-pola yang lebih rumit. Material dalam buku ini meliputi pelbagai model busana yang dapat dipelajari olehmereka yang telah menguasai pembuatan pola asas. Di dalamnya dimuatkan pelbagai jenis busana seperti gaun, seluar, blaus, busanaberkelim dan sebagainya.

Buku yang istimewa ini boleh digunakan oleh mereka yang ingin meningkatkan kecekapan atau keterampilan membuat pola dan menjahit. Bagi mereka yang baru hendak bermula juga boleh memanfaatkan maklumat-maklumat yang ada dalam buku ini. Dengan bantuan pola asas yang disertakan dalam buku bagi setiap tahap, para pemula juga boleh memanfaatkan kandungan buku ini secara maksimum.



 Panduan Menjahit Untuk Pemula (RM16,90)

Menjahit merupakan aktiviti yang sering dikaitkan dengan wanita. Namun begitu, menjahit juga dilakukan oleh golongan lelaki juga. Menjahit tidaklah sesukar seperti yang anda bayangkan jika anda berminat dan bersungguh-sungguh untuk belajar dan mencubanya. Pelbagai jenis pakaian anda boleh hasilkan jika anda sudah menguasai teknik asas menjahit.

Buku Panduan Menjahit untuk Pemula mengupas dengan lebih lanjut tentang asas-asas jahitan. Di samping itu, buku ini juga menjelaskan tentang kepelbagaian teknik dalam jahitan. Antara teknik asas yang dimuatkan di dalam buku ini ialah asas mengukur badan seseorang, membuat pola dan seterusnya menghasilkan pakaian. Selain itu, terdapat banyak jenis kolar, skirt dan lengan sebagai rujukan. Seni jahitan juga mempunyai pelbagai corak dan bentuk. Pakain juga mempunyai berbagai-bagai jenis dan anda mungkin akan berjaya menjahit pakaian anda sendiri.


Koleksi Pakaian Kanak-kanak

Variasi Fesyen Anakku 500g (RM19.90)

Panduan dan teknik menjahit pakaian; dari mengkategori, mengukur, menentukan saiz dan menyediakan pola.

Dipadatkan dengan susunan kerja dan gambarajah langkah demi langkah asas menjahit yang begitu jelas difahami.



Tatacara Jahitan Gaun untuk Si Manja (RM18.90)


Buku ini sangat berguna kepada anda kerana dilengkapi dengan gambar dan langkah demi langkah teknik menjahit dan petunjuk yang jelas sehingga mudah untuk diikut. Ia juga sesuai untuk mereka yang baharu ingin bermula dalam jahitan. Jadikan buku ini sebagai ‘teman’ dan sumber inspirasi anda dalam mencipta baju-baju koleksi peribadi. Model, warna dan corak kain serta ukuran juga boleh disesuaikan mengikut keinginan anda. tentu ia dapat memberikan kebanggaan tersendiri.
Jadi luangkan masa anda untuk membaca dan memahami isi kandungan buku ini. Ia boleh dijadikan panduan kepada anda yang baharu ingin bermula dan belajar untuk menjahit.



 Seni Jahitan Pakaian Kanak-kanak (RM48.50)
Buku ini menyediakan panduan asas membuat pelan, mengunting dan menjahit pakaian
• Memaparkan koleksi pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan yang beraneka fesyen.
• Pelan baju yang mudah diikuti dan dilakar dari umur 2 hingga 7 tahun.
• Gabungan warna dan corak sesuai untuk ke majlis hari jadi dan pakaian harian di rumah.
Terdapat pelbagai jenis rekaan pakaian kanak-kanak. Panduan langkah demi langkah diberikan berserta dengan rajah yang senang difahami. Asas rekaan yang disediakan dapat membantu anda mereka pelbagai fesyen pakaian kanak-kanak yang lebih menarik. Pastinya menggembirakan kerana dapat menjahit sendiri pakaian anak-anak anda. Malah ia boleh dijadikan sumber pendapatan jika anda benar-benar berminat



Teknik Menjahit Pakaian Kanak-kanak (RM39.90)
Teknik Menjahit Pakaian Kanak-Kanak menerangkan bagaiman pola kertas dilakarkan serta beraneka jenis fesyen kanak-kanak. Teknik menjahit dan memotong. Tidak ketinggalan juga cara menghiaskan pakaian dengan menggunakan reben dan renda